Pages


Thursday, February 18, 2010

Sokong Muslims' Product!!

Ahad hari tue berkesempatan membuat lawatan sambil belajar ke Sungai Petani..he3. Actually bukan rombongan pape pon. Jalan-jalan waktu cuti je. Pergi ngan ummi, pakcik (panggil Ucu) ngan femili dier. Ucu nie orang kuat HPA. Jadi jalan-jalan hari tue khusus untuk melawat kedai-kedai under HPA nie. Hari tue je sempat melawat Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (RBH) dan Hotel El-Zahraa.

Sampai-sampai kat Sg. Petani tue terus masuk RFC. Banyak bezanya makan kat situ bila dibandingkan dengan makan kat Mc Donald atau KFC. Makanan kat RFC lebih berkhasiat..lagi-lagi ayam dier. Cuba tengok gambar nie..ayam dier cam tulisan kat belakang budak kecik tue laa...he3.

Pewaris HPA..he3 (anak Ucu)

Lepas tue pergi ROC. Ramai sangat yang datang sampai ada guest yang kena tunggu kat lobby. Kat ROC nie makanan boleh tahan laa..cuma service dier xbrape memuaskan. Makanan lambat sampai. Harap ROC boleh pertingkatkan lagi prestasi di masa hadapan. Isy3..ayat skema btol.

Lepas makan kat ROC, pergi solat zohor kat Hotel El-Zahraa. Cantik..sempat lawat surau je. Sebelum balik, beli-belah kat RBH. Kat RBH, roti-roti tak banyak pilihan sangat. Dapat beli 2 pizza ngan 1 puding je.

Apa-apa pon, kita sebagai orang Islam patut sokong produk-produk Islam. Kalau tak kita sape lagi?? Kalau tak sekarang bila lagi?? He3.. Lagi-lagi plak sekarang nie susah nak cari makanan yang betul-betul halal. Dan untuk yang menghasilkan produk-produk Islam nie, antum kena laa sentiasa usaha untuk pertingkatkan kualiti produk tue. Baru laa ramai yang bersemangat nak beli. Sentiasa positif bila ditegur..kaji balik kelemahan. Okeh..sokonglah HPA a.k.a produk Muslim!!

Galeri HPA
Radix Fried Chicken

Radix Oriental Cuisine

Radix Pizza House (tak sempat pergi hari tue)

Radix Bakery House (ROC kat sebelah je)


Kedai Dobi Toharoh (dah penat nak singgah..he3)



2 comments:

nur_husna said...

kt ROC tu makanan jenis pe??barat ke??

D truth Seeker said...

makanan ala cina..
yg beznya kak 2 tlg cedok skali nasi boh dlm pnggan..he3