Pages


Tuesday, June 22, 2010

Continuous 'Ibadah


Beberapa hari je lagi dah kena balik universiti. Nie yang ana tak suka kalau cuti panjang-panjang sangat. Dah lama sangat enjoy kat rumah, semangat nak belajar kian pudar...hu3 (ayat hampeh). Sebulan lebih jugak ana cuti, hari nie ana review benda yang ana buat....ada ke yang memberi faedah kat orang lain ataupun faedah kat diri sendiri...atau yang paling teruk tak memberi sebarang faedah langsung...hu3..harapnya tak =(

Sebenarnya ada sekelumit perasaan kecewa dalam diri nie (sedih-sedih pon ayat mantap..he3)...kat rumah ana agak susah nak jaga ibadah ana supaya selalu konsisten...istiqomah laa maknanya. Kalau kat U, senang je..ringan je berjalan pergi ambil wudhu' lepas azan habis berkumandang..setiap waktu plak tue. Tapi kat rumah lain plak jadinya. Entah laa...ana tahu iman seseorang boleh bertambah dan berkurang. Kita bukan malaikat yang mempunyai tahap iman yang konsisten....dan kita juga bukan tergolong dari kalangan para Nabi dan Rasul yang iman mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Tapi, arghh..kecewa sangat...ana rasa ana hipokrit sangat....kat 'U' lain, kat umah lain...=( 
Kenapa susah sangat nak istiqomah kat rumah?? Adakah kawasan sekitar kita turut menyumbang kepada rajin-malas kita untuk beribadat??

0 comments: