Pages


Tuesday, August 10, 2010

Bonus 1 Bulan

Assalamualaikum..

Marhaban Ya Ramadhan.. Nabi SAW bersabda:

"Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan
dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan."
(Riwayat Al Baihaqi)


Bulan Ramadhan merupakan bonus dari Allah sebagai rahmat pada hamba-hambaNya yang taat. Gandaan pahala di bulan Ramadhan begitu lumayan sekali. Yang tinggal hanyalah diri kita sama ada mahu merebut ganjaran Allah itu atau tidak. Bulan ini ibarat bulan di mana emas, permata dan berlian berada di mana-mana saja. Terpulang pada kita sama ada mahu memungut benda-benda berharga itu atau membiarkan ia begitu saja sampai habis dikutip orang lain.
Antara amalan-amalan yang mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari bulan Ramadhan:

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam
(yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim).

Selain itu, Nabi juga bersabda :
"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" (Al-Bukhari)

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika hampir berbuka.

Sabda Rasulullah SAW:
"Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)

5) Menyegerakan berbuka puasa selepas yakin masuk waktu maghrib.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka"
(Riwayat Al-Bukhari).

6) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk airأ

7) Bersedeqah

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun"
(Riwayat At-Tirmidzi)

8) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari
Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

9) Memperbanyakkan bersiwak
(iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi).

Ramadhan - Month of Tarbiyyah

0 comments: