Pages


Thursday, September 2, 2010

Peringatan Dari Sahabat2 Tersayang

Assalamualaikum....

"Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga"
Maka antum, sahabat-sahabat atas keimanan ini, jangan sekali-kali melepaskan ana dan ana juga takkan melepaskan antum...walau apapun yang terjadi. :pandaGeli_21:

Terima kasih sahabat-sahabat sebab sentiasa mengingatkan diri ini. Uhibbukum fiLlah.

(27/09/10, 7.54 PM)
Anas r.a berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Apabila ada dua orang yang saling mencintai kerana Allah atau agamaNya, maka tiada yang dapat memisahkan persaudaraan di antara mereka kecuali perbuatan dosa yang diperbuat oleh salah seorang dari mereka" (HR Bukhari)
Ya Allah, ampunilah kami dan janganlah Kau pisahkan kami di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti....sayang kerana Allah...

(03/09/10, 4.10 PM)
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Allah turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku memakbulkannya. Sesiapa yang memohon kepadaKu maka Aku akan penuhinya. Sesiapa yang minta ampun maka Aku akan mengampuninya." Selamat beramal..

(03/09/10, 3.52 PM)
Ku pohon ya Allah, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya. Kerana dia sahabatku...kerana pada jalanMu kami bertamu. Kerana hati kami bertaut ketika memadu kasih dan sayangMu. Ku pohon, lindungilah dia dengan maghfirahMu. Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman, bukan pada nafsu. Agar jiwanya tak mudah dimamah bisikan syaitan. Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertamu dengan diriMu. Salam ukhuwah =)

(02/09/10, 10.36 PM)
"Perjuangan secebis pengorbanan. Kadang-kadang meruntun hati, menguji rasa. Namun setiap kali kegetiran melanda, bersama kita renungkan kembali pada satu hakikat. Kitalah pejuang jihad. Senyum kerana terluka, menangis kerana takutkan Dia"

(01/09/10, 6.25 PM)
Wahai abna' harakah penegak Islam, "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Cuma yang belum pasti adakah kita tinggi peribadi? Untuk memikul amanah suci, kita asyik berjaga malam untuk liqo' dan gerak kerja, tapi terlepas tahajjud dan qiam. Kita kuat berjuang tapi kurang bertadabbur Al-Quran. Kita banyak bercakap tapi zikir entah ke mana. Kita teguh jihad menegak Islam tapi kering kontang ilmunya. Kita hanya pandai bercakap tapi kita buat ke? Kita banyak berbuat dosa yang katanya terbuat tanpa sedar, tapi jarang sekali bertaubat. Kita hanya pandai amar makruf tapi solat subuh pon lewat. Kita banyak bercakap soal ikhlas dan khusyuk tapi riya' menguasai diri. Aduh!! Hinanya diri ini. Adakah kita layak digelar jundinya akhirat nanti? Takutnya diri andaikata segala pengorbanan yang dilakukan pada hari ini akan menjadi debu berterbangan tiada erti. Insaflah dan muhasabahlah diri. Sama-sama kita membina azam baru"

(30/08/10, 9.40 PM)
Hidup ini tidak akan lengkap tanpa ujian dan dugaan. Ujian dan dugaan adalah tanda kasih sayang penciptaMu. Setiap ujian ada penyelesaian. Sesungguhnya kejayaan mukmin adalah bersabar.

(30/08/10, 8.16 PM)
Salam Ramadhan sahabat-sahabat. Apa khabar ya ashabi? Ramadhan akan meninggalkan kita, 10 hari saja lagi yang tinggal. Fasa pelepasan dari neraka. Namun yakinkah kita yang kita sudah capai matlamat fasa-fasa yang lepas? Layakkah kita untuk mendapat pelepasan dari neraka jahannam? Apakah benar suci hati kita untuk dinobatkan sebagai orang yang diterima amalan? Apakah yang ada pada kita untuk meraih syurga Allah selain dosa-dosa yang bertimbun? Renungilah...ana dan antum hanya hamba yang sangat-sangat hina. Lihatlah wajah-wajah kita di cermin. Apakah wajah-wajah ini yang akan menjadi bahan bakar di neraka. NauzubiLlah..

(25/08/10, 12.48 PM)
Al-Quran, Surah Al-Hajj:22, ayat 78
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.......Dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong"
Insya Allah, Allah akan menjadi pelindung bagi hambaNya yang ikhlas mencari redhaNya.

(21/08/10, 1.04 PM)
"3 golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At Tarmizi)
Moga Allah sentiasa melindungi dan melimpahkan rahmat kepada kamu semua. Gambate =)

(09/08/10, 8.08 AM)
Hati ini merinduimu kerana Allah, menyayangimu kerana Allah. Setiap ukhuwah yang terjalin kerana Allah, teramat indah kerana segalanya dari Allah.

(Terdelete sebelum sempat tengok time)
"Sesungguhnya yang disebut orang alim adalah orang yang beramal dengan ilmunya dan yang ilmunya sesuai dengan amalnya" (Saidina Ali Karamallahu Wajhah)

(02/07/10, 05.26 PM)
Bila kau bergelar Daie kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi remaja.
Bak kata Syahid Imam Hassan AlBanna, "Tanggungjawab melebihi masa yang ada".
Dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kau. Bangunlah wahai syabab, sedarlah wahai fatayat. Kalian bukan memulakan perjuangan tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan. Kuatkan semangat sahabat-sahabat. Sentuhlah hati mereka yang dahaga dan rindukan cinta Ilahi.

(15/03/10, 06.59 AM)
Sabda Rasulullah S.A.W: "Celuplah jarimu ke dalam air laut. Air yang menitis dari jarimu adalah nikmat dunia. Baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat syurga"
Sesungguhnya kebahagiaan itu tidak akan datang tanpa kesabaran dan keinsafan...Semoga Allah menjadikan sesuatu yang pahit itu sebagai nikmat yang menyenangkan.

(22/02/10, 12.06 PM)
Asy-Syahid Imam Hassan AlBanna: "Biar sahaja tingkah dan amal kita menceritakan siapa kita. Tidak sama orang bercakap dengan orang beramal. Tidak sama orang beramal dengan orang berjihad. Tidak sama orang berjihad dengan orang yang berjihad dengan serius."
Bersama membangun ummah, membina 'izzah!

p/s: di atas ialah sms2 dari orang-orang yang ana cintai kerana Allah...moga ukhuwah sentiasa berkekalan dan dirahmati Allah selalu

1 comments:

sopi nurhaliza said...

Sahabat sejati adalah orang yang berkata benar pada anda dan bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda...=)