Pages


Wednesday, April 20, 2011

Isu Semasa 1: E-mel 1 MY

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR, 20 April: Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.

Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.

Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka.

Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.



Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sebuah syarikat bermasalah.

Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

sumber: HarakahDaily

p/s: Tak de niat nak bangkang semua yang dibuat DS Najib, tapi memang dah jelas lagi banyak kontra dari yang pro..adeh..

1. Logikkah bajet untuk projek membuat emel menelan belanja sampai RM 50M. Di mana sangat kepentingannya sampai mengabaikan isu-isu lain yang lebih penting?
alternatif: baik guna emel percuma macam yahoo, gmail, hotmail etc

2. Alasan emel 1 MY dicipta adalah untuk menyenangkan komunikasi antara rakyat dan kerajaan di samping meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli kerajaan. --> Generasi sekarang nama pun celik IT. Better guna Facebook, Twitter etc. Maklumat cepat sampai, mudah, tak perlu hafal emel masing-masing. Try survey berapa ramai yang buka emel berbanding dengan buka Facebook bila online? Buktinya inbox kat emel sentiasa meningkat bilangannya berbanding notification kat Facebook yang sentiasa kosong =)

3. Buat survey pasal penggunaan kenderaan dengan penggunaan internet di kalangan rakyat yang berumur 18 tahun ke atas. Mana lagi ramai: Yang tiada kenderaan atau yang tiada internet kat rumah. Pada pandangan saya, lagi ramai yang tiada internet kat rumah berbanding dengan yang tiada kenderaan (entah laaa..tak pernah buat kajian). Jadi apa fungsinya melabur pada benda yang bukan semua rakyat Malaysia dapat manfaatkan penggunaannya? Baik laburkan duit untuk kurangkan subsidi minyak. Boleh jugak kurang-kurangkan tahap kemarahan rakyat kepada kerajaan =) Untung-untung dapat tarik undi.

0 comments: