Pages


Friday, February 12, 2010

I'm Newbie here =)

Testing testing..salam ukhuwah buat sumer. Nie 1st posting kat blog..jd sesiapa yg ada nak bagi komen membina, amat2 dialu-alukan..
Untuk 1st posting, nak kongsi pasal mandi jenazah..maybe topik nie agak berat untuk dibincangkan lebih2 lagi di awal2 kemunculan..he3. Tapi kalau xsekarang bila lagi?? Kalau x kita, siapa lagi?? He3. Membebel panjang plak..
Okeh..balik kepada tajuk asal, kita sumer tau yang mandi jenazah ialah fardhu kifayah. Tetapi kebiasaannya bila kita dengar perkataan fardu kifayah, kita slalu cakap "Xpe, orang lain dah tau. Cukup laa tue." Knape kita sendiri xusaha untuk ke arah tue?? Isy2..tersasar nie..


Q: Bagaiman
a hendak memandikan jenazah?

A: First, kalau mayat tue umo lebih dari 7 tahun, kita harus tutup auratnya. Untuk memudahkan kerja, jenazah diletakkan kat tempat khas untuk pengaliran air yang efektif.
Kita (org yg memandikan jenazah) wajib membersihkan segala kekotoran yang terdapat kat jenazah termasuk mengosongkan perutnya. Jadi xde laa benda-benda kotor keluar lagi lepas abis mandi nanti..
Dengan sarung tangan bersih, kita hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidung, lubang telinga, celah-celah kuku termasuklah kemaluan dan celah-celahnya. Selesai membersih, mayat diwudhu'kan sebelum dimandikan seluruh tubuhnya dari kepala hingga ke hujung kaki..

Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu". (Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya"**. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut hadis di atas, disunatkan agar mayat dimandikan dengan bilangan yang ganjil. Disyorkan mayat dimandikan dengan:
  • 1x mandi dengan air sabun
  • 1x mandi dengan air bersih
  • 3x mandi dengan air kapur barus
Untuk mandian air sabun, seluruh kepala, muka dan leher dibasuh sebanyak 3 x. Alaaa..proses sama laa cam mandi wajib. Mula-mula basuh sebelah kanan 3 x, lepas tue sebelah kiri plak 3 x.
Untuk membersihkan air sabun tadi, kita cuci dengan air bersih. Setelah bersih, mayat tue diwudhukan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"


Kemudian,air bersih dicampur dengan sedikit air kapur barus yang seterusnya dijirus beserta dengan niat.
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"

Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 x dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Semasa menjirus, sunat membaca:
"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"


Okeh, untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk kat www.e-zakat.com.my..sekian saja untuk posting kali nie..

0 comments: