Pages


Saturday, May 22, 2010

Facebook: Its Contributions to Islam!!!


Dulu-dulu, FB nie tak laa famous sangat kalau nak dibandingkan dengan myspace and friendster. Setahu ana, dulu orang tua-tua jaa yang ada FB nie..Tapi sekarang dari budak umur 7 tahun sampai 77 tahun, semuanya ada FB account...dari budak sekolah rendah even perdana menteri sendiri pon ada FB. Agak heran macam mana pengaruh FB boleh jadi begitu kuat dalam masa yang amat singkat sampai dapat tarik hampir seluruh rakyat Malaysia untuk ada akaun FB (syukur sangat tak termasuk dalam golongan yang ramai tue..he3).

'Everybody draw Mohamed Day': Kita sebagai umat Islam tak terasa apa-apa ke bila dengar pasal isu nie?? Maybe ada yang masih menunggu pemimpin negara kita iaitu negara Malaysia (yang kononnya negara Islam) untuk mengambil tindakan terhadap isu-isu seperti nie tetapi sampai bila nak menunggu?? Ataupun kita lebih senang untuk sentiasa update status dalam FB atau sibuk tag mana-mana gambar yang baru di'upload' dengan 'happy'nya tanpa berasa apa-apa...

Apabila diminta mengulas tentang pertandingan melukis karikatur Rasulullah dalam FB

Pengarah Komunikasi Facebook, Debbie Frost berkata," Mungkin ada pihak membantah, tetapi Kumpulan dan Laman Facebook itu tidak mencabuli polisi kami.”

“Kami mahu Facebook menjadi tempat di mana orang ramai boleh secara terbuka membincangkan sebarang isu dan melahirkan pendapat mereka, pada masa yang sama menghormati hak dan perasaan orang lain,” katanya pada CNN.

“Kami kadang kala bertemu orang berbincang tentang topik kontroversi, tidak betul, atau menghina. Apabila semua ini dilaporkan kepada kami menjadi satu serangan kepada sesiapa, termasuklah orang Islam, ianya akan dibuang dan tindakan akan diambil kepada orang yang bertanggung jawab,” kata Frost lagi.
(Apa tindakan yang akan diambil pon tak tahu laaa...tunggu je laaa....) 

petikan penuh (dalam English) di laman web CNN

Kalau menggunakan FB atas alasan medium untuk berdakwah, ana rasa banyak lagi media lain yang boleh digunakan instead of using FB (entahlaa..nie pendapat ana laa kan, hamba Allah yang hina dina nie)...ana dari dulu meragui FB dan sampai sekarang ana tetap yakin untuk tidak menggunakan FB yang closely related to Israel...
(boleh rujuk remajaok.com)...benda yang kita ragu-ragu, elok laa ditinggalkan...tak gitu??

p/s: Boikot FB sekejap pon jadi laa kalau sayang sangat nak delete akaun FB...pesanan untuk diri sendiri jugak walaupun tak ada akaun FB tapi sering menumpang akaun FB kezen untuk bermain Cafe World dan Farmville....=)



0 comments: