Pages

Monday, May 24, 2010

Sinergi



Sebenarnya dah lama dah khatam buku nie. Best sangat. Yang menariknya dalam buku nie penulisnya, Hilal Asyraf memilih 'iman' untuk diangkat sebagai tema utama novel nie. Memetik kata-kata seorang sahabat kepada ana suatu ketika dahulu:

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, maka tertegaklah Islam di muka bumi ini"

Yang ana faham dari kata-katanya tue, dengan menjadi baik dapat mengajak orang lain turut menjadi baik.
Contohnya, ana ambil suasana membeli-belah di kedai runcit. Kita yang tak mengambil kisah tentang isu boikot nie pastinya tidak peduli jenama barang yang kita ambil dan terus bayar. Tapi apabila kawan kita turut ikut membeli di kedai runcit tersebut dan tambahan pula dia seorang yang begitu 'endah' pasal boikot-memboikot nie...pastinya kita segan (malu) untuk mengambil barang yang sepatutnya di'boikot' itu walaupun dia tak menegur perbuatan kita itu. Secara tak langsung, kita turut memboikot barang tersebut.
(faham tak?? sorry, tak dapat nak ringkaskan lagi..he3) 

Jadi apa kaitannya dengan novel Sinergi nie?? 
He3..bacalah sendiri...tak rugi membeli dan tak jemu dibaca berulang kali =)

0 comments: