Pages


Tuesday, April 5, 2011

Utusan Meloya!!

Assalamualaikum.
Kalau dulu saya rasa terpanggil untuk menegur sesiapa saja yang tidak membaca paper. Lagi-lagi paper online. Kononnya tidak punya masa padahal status Facebook update sejam sekali. Tapi sekarang tak tau laa =(



Patutkah saya dan anda baca? Lagi-lagi muka depannya begini. Hanya anda yang berhak menilainya. Macam dah takde berita lain yang patut dijadikan paparan utama muka hadapan. Inilah jadinya bila dasar 'matlamat menghalalkan cara' dilaksanakan. Disebabkan kepentingan politik parti tertentu, sesetengah golongan sanggup membuka keaiban saudara seIslam sebegitu rupa. Itupun kalau terbukti benar individu itu terlibat dalam video tersebut. Allah..

"Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah SWT menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat" (At-Tirmidzi)

Jika pada suatu ketika, individu tersebut menginsafi kesalahannya (jika benar dia bersalah) lalu bertaubat nasuha atas dosa-dosa yang dilakukan, maka kedudukannya di sisi Allah lebih tinggi berbanding kita-kita yang selalu mengutuk dan membuka keaiban orang pada setiap masa. Mungkin pada hari ini dialah orang yang paling jijik di mata kita tetapi siapa sangka dia akan berubah pada suatu hari nanti lantas menjadi orang yang paling disayangi Allah? Takdir menentukan segalanya. Allah berikan hidayah pada yang dikehendakiNya dan Dia juga berhak menarik balik hidayah yang diberikan dari sesiapa saja.

Klik link --> pendirian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkaitan media massa sekarang

Teringat kata-kata seorang sahabat,

"Jangan pernah sesekali benci akan seseorang yang berbuat kesalahan tapi tanamlah perasaan benci pada kejahatan yang dilakukannya".

Kalau filem yang ditayangkan di pawagam perlu melalui penapisan dari FINAS, saya cadangkan zaman sekarang perlunya sebuah badan untuk menapis berita-berita yang hendak dipaparkan di akhbar-akhbar. Tak perlu kecoh-kecoh dengan laman web porno kalau sekarang dengan hanya RM 1.50 anda mendapat benda yang setaraf dengannya malah senang didapati di mana-mana kedai / institut pengajian / perpustakaan even kadang-kadang dapat percuma lagi. Aduhai Malaysia..Malaysia..

Tak pernah terlintas sama sekali dalam hati aku untuk berbangga jadi orang Melayu. Jadi Melayu bukan boleh selamat dari azab kubur. Adeh =(

p/s: saya tulis camnie ada tak orang akan cakap saya sokong pembangkang??!

0 comments: