Post nie adalah kedua kalinya ana memaparkan peringatan/ teguran sahabat kepada ana setelah post yang pertama. Handphone makin lemah dengan penuhnya sms2 yang tidak terdelete. Ana tak sampai hati nak delete sms2 dari sahabat2 ana. Ana baca berulang-ulang kali untuk menaikkan semangat ana bila ana down =(
"Allah...tak mampu nak gambarkan perasaan betapa bersyukurnya aku bila Engkau hadirkan orang2 ini di sekelilingku.."
(04/04/11, 12.38 AM)
Dalam kesakitan teruji kesabaran. Dalam perjuangan teruji keimanan. Dalam ukhuwah teruji keikhlasan. Dalam tawakal teruji ketaqwaan. Dalam kerinduan teruji kesetiaan.
"Hargailah bila bersahabat, maafkanlah bila terluka. Fahamilah bila terluka, nasihatilah bila terleka. Tegurlah bila tersilap, ingatlah bila kesunyian. Itulah kehebatan ukhuwah fiLlah"
(03/04/11, 10.38 PM)
Tiada yang mahu berduka, tiada yang mahu berputus asa, malang dugaan tak pernah berhenti, walau jauh dan cuba berdiri, bagaimana saat kaki sudah penat berlari?
Adakah waktu akan turut berhenti? Di mana harus ku tunding jari? Adakah pada kejahilan diri?
Pejam mata dan lihat dalam hati. Yakini rahmat Ilahi, ingat janji Allah itu pasti.
Dan mulalah melangkah lagi... =)
(03/04/11, 05.03 AM)
Salam buat sahabat-sahabat sekalian, jom bangun qiam!! Mengadu kasih dan memohon kekuatan daripadaNya. Sama-sama m'call sahabat-sahabat kesayangan yang lain ye..
(02/04/11, 07.56 AM)
Ya Allah, kurniakanlah kepada sahabat ini ketenangan dan ketenteraman jiwa yang abadi. Semoga jiwanya kukuh dari segala suasana dan keadaan, mudah-mudahan dia tak bersedih ketika kesenangan dunia menghilang, dan takkan terlalu bergembira ketika kesenangan itu ada. Kesempitan tak membuatnya lemah. Kekuasaan tak membuatnya sombong. Celaan tak membuatnya surut. Pujian tak membuatnya bangga diri. Musibah tak membuat hatinya tergoncang dan nikmat tak membuatnya jatuh tergelincir. Semoga kejayaan bersama kita dunia akhirat. Amin.
(01/04/11, 12.57 AM)
Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bertambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa, orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah. Bertuahlah bila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan menanti. Salam juang buat sahabat-sahabat. Harap semua sihat dalam redha Allah (",)
(30/03/11, 12.26 AM)
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga :-)
(22/03/11, 09.03 AM)
Waktu berlalu seperti berlari. Di antara waktu itu, ada cerita antara kita, saat tertawa, saat berduka. Walaupun semua itu berlalu pergi, tapi ingatlah ia tetap abadi di hati ini. Moga kasih dan rahmat Allah sentiasa bersamamu =) Uhibbuki fiLlah..
(21/03/11, 01.58 PM)
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukan kamu Kutunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih. Bahawa kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" - As-Soff:10-11
Salam perjuangan buat sahabat-sahabat. Jangan rasakan diri sahabat berjuang keseorangan kerana kita sentiasa bersama =)
(20/03/11, 11.43 PM)
"Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya..menegakkan syariat dalam kehidupan"
Alhamdulillah syukur kerana diberi kenikmatan untuk berukhuwah bersama antunna, hanya Allah yang tahu. Maaf atas segalanya. Tegur jika ana silap, lafazkan nama-nama sahabat dalam doamu. Moga hati kita bertaut dalam redha Ilahi.
(15/03/11, 01.11 PM)
Semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepadaNya. Namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati. Moga sentiasa dalam redhaNya, amin.
Salam perjuangan dan sayang fi sabiliLlah =)
(06/03/11, 10.41 PM)
Dear muslimat..
Semasa haid hari pertama jangan lupa baca..
"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zambi"
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.
Insya Allah kita akan dapat pahala amalan seperti orang yang tak period.
(22/02/11, 09.23 PM)
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup tak selalu bahagia. Sedekahkanlah 1 senyuman walau di hati tak mampu lagi bertahan. Belajarlah memaafkan walau diri sendiri terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan. Dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan. Semoga sentiasa dalam redha dan hidayahNya.
(18/02/11, 09.36 PM)
Sahabatku..berjuanglah engkau dengan penuh keikhlasan. Berjuanglah tanpa mengharap sebarang balasan. Berjuanglah tanpa ada rasa berbelah bagi. Tika mana engkau ingin mencipta pelbagai alasan untuk lari dari medan perjuangan ini, ingatlah.. Fikirkanlah.. Renungkanlah..
Adakah alasan yang akan kita persembahkan di hadapan Allah adalah valid dan boleh diterima pakai. Dan adakah Allah tidak mengetahui situasi dan keadaan kita pada waktu kita mencipta 1001 alasan itu walhal Allah Maha Mengetahui walaupun hanya lintasan hati. Setiap kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang diambil.
~Selamat bersemangat! Nahnu JunduLlah!!
(03/02/11, 10.10 PM)
Untuk renungan dan tindakan..
Jika Mesir jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin, sempadan Rafah akan dibuka untuk pejuang Islam seluruh dunia. Tak mustahil kurang setahun, negara haram Israel akan menjadi sejarah. Ayuh perindu-perindu syurga Firdausi, anda sudah bersedia merebut tiket? Ayuh sahabat-sahabat! Doakan Ikhwanul Muslimin berjaya jatuhkan Hosni Mubarak!
(01/02/11, 08.53 PM)
"Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta. Ia harus memiliki muara yang menjadi pelabuhan cintaNya. Ku tak melihat seorangpun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang ruhnya menyatu dengan ruhku. Sehingga dengan sepenuh hati ke berikan cintaku padanya dan ku utamakan dia untuk menerima persahabatanku ini.." - Hassan AlBanna
(31/01/11, 03.32 PM)
Duhai sahabat...
Tika diri kelapangan atau dalam kekangan, AL-ASR punya tafsiran yang tersirat..
Di saat kesedihan menghadapi dugaan yang menimpa, AL-INSYIRAH merawat duka..
Di saat kehausan kecemerlangan, AL-MUKMINUN formula al-falah yang hebat.
Bila jiwa dan hati diasak dan disentak dengan kemenangan musuh Allah, AS-SOFF mengutuhkan iman di hati lantas bersama di saf perjuangan.
Selamat berjuang dan terus berjuang sahabat-sahabatku. Allah akan memberi ganjaran walau kebaikan sebesar zarah. La takhof Wa Laa Tahzan Innallaha Ma'ana..
(28/01/11, 06.38 AM)
"Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu membaca AL-Quran. Tetapi jika tak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tak kau temukan juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati lagi"
(30/11/10, 08.23 PM)
..dan tiada maksud lain dari sebuah persahabatan melainkan saling memperkaya roh kejiwaan dan membawa kita kembali kepada Allah. Syukran atas persahabatan, atas pertolongan dan segalanya. Janji kita semua akan jadi mujahadah solehah walau sakit macam mana sekalipun Allah menguji.
(30/11/10, 06.15 PM)
Allah mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis air mata yang mengalir di pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang. Andai seorang rebah, tidak dibiarkan rebah untuk kali kedua.
Ya Allah..kami punya tali persaudaraan yang sukar untuk diertikan, namun janganlah Engkau dugai kami dengan dugaan yang tak mampu untuk kami tanggung. Satukanlah ukhuwah di antara kami bak kasihnya para sahabat kepada Rasulullah, untuk kesekian kalinya hany padaMu kami memohon. Kekalkanlah ukhuwah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang Kau rahmati. Amin.
(25/11/10, 11.13 PM)
Bismillah..
Apa khabar hati? Masihkah ia seperti embun? Menunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun. Masihkah ia seperti batu karang? Berdiri tegar mengahadapi gelombang ujian.
Apa khabar iman? Masihkah ia seperti bintang? Terang benderang menerangi kehidupan.
Apa khabar saudariku? Di manapun kau berada, semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga serta memberi kesihatan kepadamu hari ini. esok dan untuk selamanya. Amin
(19/11/10, 12.54 AM)
Manusia dilahirkan dengan fitrah yang suci. Hati yang bersih tanpa secalit noda. Manusia lahir secara fitrahnya Islam. Lalu ibu bapalah yang mencorak hidup anak-anak menjadi Yahudi atau Nasrani. Hati fitrahnya cinta pada kebaikan. Imanlah membenteng dari pengaruh kejahatan. Semoga sama-sama kita membawa kembali pada fitrah insani.
(01/11/10, 03.21 AM)
Ya Allah, jagalah sahabatku di kala penjagaanku tak sampai padanya. Sayangi dia kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata. Perhatikan dia kala perjatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja. Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya. Kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku, di dunia dan harap bertemunya di syurga. Amin.
(31/10/10, 09.55 PM)
Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya..
"Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Anbiya terdahulu..
1. Apabila kau sedang solat kepada Allah maka jagalah fikiranmu.
2. Apabila kau berada di rumah orang lain maka jagalah pandanganmu.
3. Apabila kau berada di tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4. Apabila kau hadir dalam jamuan maka jagalah akhlakmu.
5. Ingatlah selalu pada Allah.
6. Lupakan budi baikmu kepada orang lain.
7. Lupakan keikhlasan orang lain terhadapmu.
8. Ingatlah kepada mati.
(29/10/10, 11.11 PM)
Ya Allah, kurniakan kepada sahabatku keimanan yang teguh, kejayaan semua lapangan, rezeki yang halal lagi berkat, kesihatan yang berkekalan, akhlak yang mulia, syurga yang abdi. Amin.
(23/10/10, 12.27 AM)
Ya Allah, tatkala bahang mahsyarMu menjilat tubuh, izinkan kami sama-sama berteduh. Tatkala mizanMu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa. Naungi kami di sana, berkat kasih keranaMu semata, andaiku layak menapak ke syurgaMu. Ku minta sahabat-sahabatku bersama-samaku. Amin Ya Rabbal A'lamin.
(21/10/10, 09.34 PM)
"Patah hati..jangan terdampar sepi. Jangan tersungkur mati. Patah hati..jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.."
~Seorang daie itu memandang segalanya dengan kaca mata cinta, walau beribu kali dicalar hatinya, tetap dia terus menyuburkan dengan cinta, terus melapangkan tangan menerima mereka dengan penuh kasih sayang. Menyayangi mereka bukan kerana mereka menyayangi, tetapi kerana kita daie, yang akan terus menyinta tanpa henti, walau terluka berpuluh kali. Sayang selalu~
0 comments:
Post a Comment