Pages


Tuesday, April 27, 2010

Hujah tak Seiring Dengan Perbuatan...

 Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah

Kadang-kadang manusia petah berkata-kata...selitkan dalil-dalil dalam perbualan seharian...hadis-hadis, ayat-ayat Al-Quran. Tapi, seringkali dilihat action tak seiring dengan percakapan. Senang cakap laa, orang macam nie selalu kita panggil 'cakap tak serupa bikin'....maybe ada yang pertikaikan golongan ini juga manusia biasa...ada khilaf masing-masing...tapi sila rujuk balik ayat yang atas..ana cakap seringkali.. Maksudnya ana rujuk golongan nie sebagai orang yang selalu sangat 'cakap tak serupa bikin' nie. Bukannya yang melakukan sekali dua saja..

"Amat besar kebenciannya disisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"
Surah As-Soff, ayat 3

Kita kena sedar...kadang-kadang kita cuma pandai bercakap, menasihati orang 'amar makruf nahi mungkar', tapi bila kita sendiri terjun ke medan sebenar, agak susah untuk melaksanakan apa yang telah diucap. Hadis Rasulullah yang famous - mengenai mencegah kemungkaran di depan mata melalui 3 cara: tangan, mulut dan hati. Bila berhadapan dengan perkara-perkara macam nie, sesetengah orang hanya mampu mencegah dengan hati (iaitu selemah-lemah iman)...tak berani nak guna 2 alternatif lain..takkan selama-lamanya kita nak iman kita berada di ranking yang paling bawah...ataupun ada yang mencegah dengan tangan (kuasa yang ada padanya) sekalipun, dia turut melakukan perkara yang sama di luar pengetahuan orang ramai walaupun pada awalnya dia laa yang paling berkobar-kobar semangatnya untuk mencegah perkara-perkara mungkar...

Sedar laa mujahid mujahidah sekalian...
Ilmu itu nur...ilmu bukan sekadar ditutur di mulut..bukan hanya menukil kata-kata ulama'..tapi turut dibuktikan dengan tindakan...
Pejuang-pejuang Islam seperti Sumayyah, Zainab Al-Ghazali (sekadar mengambil beberapa contoh) begitu teguh di jalan Allah walaupun menerima tentangan yang amat dahsyat...kata-kata mereka dibuktikan dengan pengorbanan dan mati syahid mereka...tidak sekadar bercakap kosong semata-mata mengharapkan sanjungan indah manusia...

Semoga kita terus tabah dalam menempuh jalan dakwah...kita kena sedar jalan yang kita pilih nie bukan dihampar dengan karpet merah sepanjang perjalanan...tapi penuh dengan duri-duri tajam, bara api dan serpihan-serpihan kaca...jadi kita kena laa mantapkan iman kita agar tak terhenti separuh jalan...moga istiqomah dalam menegakkan syi'ar Islam!!

p/s: Posting nie lebih kepada nasihat untuk diri sendiri =)

0 comments: