Yeahh...pantas masa berlalu kan?? Rasanya macam baru saja sambut Awal Muharam, tengok-tengok dah masuk bulan Sya'ban. Dah sampai pertengahan Sya'ban pon atau lebih dikenali ramai dengan panggilan Nisfu Sya'ban.
RasuluLlah S.A.W bersabda:
"Bulan Sya'ban ialah bulan dimana manusia mulai lalai di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut ialah bulan yang diangkat amalan-amalannya kepada Allah S.W.T. Oleh kerana itu, aku amat suka untuk berpuasa ketika amalanku diangkat." (An-Nasai)
*diakui Syaikh Al-Albani sebagai hadis hasan
Jadi, apa tunggu lagi?? Jom upgrade iman dengan men'top up' ibadah-ibadah sunat. Banyak yang boleh korang lakukan dalam bulan Sya'ban nie khususnya Nisfu Sya'ban.
1. Puasa
- Kita boleh jadikan bulan Sya'ban nie sebagai medan persiapan dalam menghampiri bulan Ramadhan. Puasa sunat dalam bulan Sya'ban can boost up ourselves untuk berpuasa sebulan in the next month...jadi apabila tibanya puasa wajib dalam bulan Ramadhan, it doesn't make sense anymore <--betul ke ayat nie?? (ia tidak menjadi masalah besar buat kita lagi). Kita ambil SUKMA sebagai contoh. Atlet-atlet yang menyertai acara berlatih lebih awal supaya mereka lebih bersedia ketika hari kejadian nanti. Masing-masing mahu memenangi acara dan peroleh pingat emas. Takkan kita, umat Islam sendiri tak nak merebut pingat emas yang ditawarkan Allah, Pemilik Sekalian Alam kepada kita??
2. Qiamullail
- Seperti kata Ustaz Hasrizal, "Orang yang hebat adalah orang yang menongkah arus." Pada waktu orang lain tidur , dia bangun mencari keredhaanNya dengan beribadat.
RasuluLlah S.A.W. bersabda:
"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik dan yang bermusuh"
(Riwayat Ibn Hibban, Al-Bazzar dan lain-lain)
3. Berdoa kepada Allah
- Mohonlah pada Allah dengan bersungguh-sungguh ,
nescaya Allah akan memakbulkannya..
Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
(Riwayat Ibnu Majah)
p/s: So, apa tunggu lagi?? Pergi ambil wudhu dan start sekarang....
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
3 days ago
0 comments:
Post a Comment