Pages


Monday, November 29, 2010

Determination

Assalamualaikum :pandaGeli_36:

"Air yang bertakung tidak mengalir
akan dirosakkan oleh statiknya itu,
pemuda yang banyak masa lapangnya
akan dibunuh oleh masa lapangnya itu"
- Pepatah Arab

Minggu lepas baru selesai final exam. Dan macam biasa setiap kali habis final exam, ana akan berazam untuk berusaha lebih gigih pada semester depan bagi menampung kekurangan dalam semester nie. Tapi azam ana tue selalu tak tertunai dan ana yakin next semester ana akan berazam benda yang sama. Sekadar berazam tapi tak berusaha untuk tunaikan azam tue. Benda yang berulang-ulang. Hampeh. Sangat hampeh. Sila berbangga wahai diri..huhu. :pandaGeli_21:

Kenapa ana sangat malas? Perasan diri sangat pandai? Tak perlu baca buku? Hanya sekadar melihat buku terus ilmu masuk ke otak? Huhu..memang pandai. (Baca dalam mood emo)

Masuk pada topik utama: Ana sekarang tengah berusaha untuk menghabiskan dua novel, Isabella: sebuah novel pembentangan perbandingan antara Islam dan Kristian dan juga Bisikan Syurga. Owh..sangat susah sebenarnya dengan kehadiran wifi di bilik ana. Disebabkan wifi nie, ana rajin surfing internet sehingga mengabaikan benda-benda yang lebih penting (alasan semata-mata untuk cover diri sendiri). Siapa yang reka wifi nie hah?!! Sangat kejam.

Front cover Isabella

Front cover Bisikan Syurga


p/s: Doakan ana agar mempunyai kekuatan untuk berhijrah dari malas kepada rajin. Dan tak lupa juga doakan ana dapat khatamkan buku-buku nie secepat mungkin sebab waiting list ana semakin panjang dengan kehadiran buku-buku yang dibeli tapi tidak dibaca :pandaGeli_26:

0 comments: