Alhamdulillah saya dah habis baca 1 buku. 1 buku pun nak kecohkan? Sekarang tinggal lagi 1 buku yang perlu dihabiskan.
Untuk buku Isabella, saya cadangkan anda beri pada non-Muslim sebagai hadiah dan anda juga turut digalakkan membacanya. Banyak persoalan yang berkisarkan ayat-ayat Al-Quran dan juga Injil. Sangat banyak pengetahuan baru yang anda akan perolehi jika anda membaca buku nie walaupun anda ternyata telah 'menganut Islam sudah sebegitu lama'.
Ulasan buku:
Keraguan Isabela terhadap agamanya bermula dengan perbincangan mengenai surat Saint Paul untuk jemaahnya di Rom. Dalam suratnya, St Paul mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan. Sejak itulah beberapa pertemuan diatur antara orang-orang Islam dan golongan paderi-paderi Cordova bagi membahaskan isu tersebut. Isabella dan rakan-rakannya turut hadir mengikuti perdebatan itu dengan penuh minat.
Pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada paderi-paderi Cordova dan kebanyakan jawapan mereka tetap sama. Saya petik salah satu perbualan dalam Novel Isabella:
"Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa saja yang dikehendakiNya" - Paderi Peter
"Jikalau agama tuan hanya berdasarkan kepada keghaiban ketuhanan sahaja, kenapa tuan jemput kami ke sini, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami dengan sia-sia saja?" - Umar Lahmi
Topik perbahasan tidak sekadar membahaskan isu surat St Paul semata-mata tetapi berlarutan kepada topik-topik lain antaranya penebusan dosa, ketuhanan Jesus, bantahan Al-Quran terhadap Injil yang palsu dan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Sangat menarik untuk membaca setiap perbahasan tue dan tentunya anda dinasihatkan untuk tidak skip ayat-ayat dalam novel Isabella walaupun hanya satu ayat. Nanti tak faham pulak apa sebenarnya yang hendak disampaikan.
Doa Isabella sebelum ditawan Inkuisisi
p/s: Novel Isabella lebih kurang sama dengan novel Maria. Kedua-duanya ditulis berdasarkan kisah benar. Yang bezanya Isabella berlatarbelakangkan keagungan Cordova, Sepanyol manakala Maria berlatarkan keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Presiden Demokrasi Mustafa Kamal Ataturk.
0 comments:
Post a Comment